|
Anda Pengunjung Ke:

Sejak 1 Jan 2008
|
Sebarang aduan/maklumbalas bolehlah di emelkan ke:
aduan@kdh.icu.gov.my
|
|
|
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Sebagai agensi pusat yang memantau pelaksanaan rancangan pembangunan negara, keseluruhan jentera penyelarasan di Unit ini akan digerakkan bagi memastikan Arahan No.1, 2004 dilaksanakan sepenuhnya ke arah pencapaian wawasan dan matlamat negara. Kami telah menggubal semula matlamat dan strategi Jabatan berasaskan wawasan, dasar dan matlamat negara dalam bentuk yang lebih jelas dan mudah dilaksanakan. Kami berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar kami sentiasa bergerak ke arah matlamat tersebut. Dalam hubungan kami dengan pelanggan-pelanggan, kami berjanji:
- Bersedia memberi taklimat mengenai dasar, strategi dan pelaksanaan pembangunan negara pada bila - bila masa kepada stakeholders, jawatankuasa tertentu dan pelawat kenamaan sebaik sahaja menerima notis yang mencukupi.
- Membuat tindakan susulan mengenai semua keputusan Kabinet, Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Tindakan Negara dan lain-lain jawatankuasa yang di bawah tanggungjawab ICU JPM dalam tempoh 1 minggu.
- Memastikan perjalanan mesyuarat - mesyuarat Jentera Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2004 Majlis Tindakan Negara berjalan lancar dan mengikut panduan yang ditetapkan.
- Memastikan permohonan bagi Projek - projek Khas diproses dalam tempoh 30 hari dan dilaksanakan mengikut jadual, sumber, matlamat dan garis panduan yang ditetapkan.
- Menyediakan ulasan terhadap kertas Kabinet dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh ianya diterima.
- Membekal maklumat dan laporan dalam masa yang berpatutan seperti berikut :
- Analisis prestasi projek pembangunan persekutuan di bawah RMLT dalam tempoh 1 hari;
- Laporan suku tahunan prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMLT dalam tempoh 3 minggu selepas berakhirnya suku tahun berkenaan;
- Laporan prestasi projek utama dan projek khas kepada YAB Perdana Menteri setiap 2 bulan kecuali tiada perubahan;
- Laporan Penilaian Pencapaian (Outcome Assessment) Dasar Negara seperti yang dikehendaki dalam tempoh 30 hari sebaik menerima arahan.
- Analisis penilaian peranan dan prestasi Badan Berkanun dan syarikat milik Kerajaan dalam mencapai objektif dasar pengagihan negara dalam tempoh 4 minggu sebaik sahaja menerima arahan.
- Memberi khidmat runding cara dan sokongan teknikal mengenai SPP II dalam tempoh 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
- Melaksanakan proses - proses kewangan, sumber manusia, pentadbiran dan hal ehwal awam dengan sempurna dalam tempoh 1 minggu dari arahan atau dokumen lengkap diterima.
- Mengambil tindakan segera ke atas semua aduan awam dan menyediakan jawapan dalam tempoh 2 minggu setelah aduan diterima.
- Memastikan isu -isu dan permasalahan mengenai susun semula masyarakat diberi perhatian dan diambil tindakan dalam tempoh 30 hari.
Jika atas sebab - sebab tertentu kami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan seperti di atas, kami akan dengan serta merta memberi jaminan kepada pihak pelanggan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui. |