PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan PKN ke Projek Masjid Daerah Baling & Masjid Terapung Daerah Yan, Kedah

LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KEDAH KE TAPAK PROJEK MASJID DAERAH BALING DAN MASJID TERAPUNG DAERAH YAN, KEDAH

12 Disember 2018 - Pada 10 & 11 Disember 2018, satu lawatan kerja oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian ke tapak projek seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah iaitu Projek Pembinaan Masjid Baru Di Daerah Baling dan Pembinaan Sebuah Masjid Terapung Daerah Yan di mana kedua-dua projek ini dilaksanakan oleh JKR Negeri Kedah selaku Pengarah Projek (PD).

Lawatan ini merupakan lawatan kerja pertama beliau selaku Pegawai Kemajuan Negeri bagi memantau prestasi kemajuan projek-projek dan mengenal pasti permasalahan yang timbul serta memberikan pandangan dan idea-idea bagi menangani risiko dan masalah yang dikenal pasti agar dapat ditangani dengan tindakan yang sewajarnya memandangkan projek-projek ini adalah merupakan fasilti dan kemudahan bagi masyarakat setempat. Walau bagaimanapun beliau meminta pihak JKR dan kontraktor untuk terus melipat gandakan usaha bagi meningkatkan prestasi kedua-dua projek ini. Beliau juga mengingatkan supaya kerja-kerja dilaksanakan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang ditetapkan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd. Nizam bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah