PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan Ke Projek Meroboh & Membina Semula Kuarters Penjara

LAWATAN KE PROJEK MEROBOH & MEMBINA SEMULA KUARTERS PENJARA

01 November 2018 - Pada 31 Oktober 2018 : YBhg. Dr Hj Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat dan memantau pelaksanaan Projek Meroboh Dan Membina Semula Kuarters Penjara Alor Setar Kedah. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Pengarah Penjara Kedah, Timbalan Pengarah Alor Setar Kedah dan kontraktor projek iaitu Amal Persada Sdn. Bhd.

Hasil lawatan tersebut didapati projek ini telah pun mengalami kelewatan dengan peratus kemajuan projek ialah 84% berbanding jadual 91%. Walau bagaimanapun, kontraktor memaklumkan bahawa projek dapat disiapkan seperti mana yang dijadualkan iaitu pada 14 Januari 2019.

Selain itu, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah juga berkesempatan untuk melihat hasil kerja banduan wanita di Penjara Alor Setar Kedah dalam menghasilkan produk makanan sejuk beku dan pastri. Produk yang dihasilkan dilihat berpotensi kerana mendapat sambutan dan tempahan  daripada hotel – hotel ternama di Negeri Kedah.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nazzatul Shima binti Ahmad Sabri , Seksyen Pemantauan

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah