PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan PKN ke Projek-Projek Tender

Lawatan Kerja Oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Ke Tapak Projek Masjid Kg. Gelong Gajah Pendang, Masjid Kg. Paya Besar Kuala Ketil Dan Medan/Restoran Ikan Bakar Bandar Baharu, Kedah

20 Mei 2018 - Pada16 Mei 2018, satu lawatan kerja oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah ke tapak projek seliaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah iaitu Projek Pembinaan Masjid Kampung Gelong Gajah Pendang, Masjid Kampung Paya Besar Kuala Ketil dan  Medan/Restoran Ikan Bakar terletak di Bandar Baharu bersebelahan sungai Kerian.

Lawatan ini merupakan rutin beliau selaku Pegawai Penguasa bagi memantau prestasi kemajuan projek-projek serta berbincang berkenaan permasalahan yang timbul dan memberikan pandangan dan idea-idea bagi menangani risiko dan masalah yang dikenal pasti dapat ditangani dengan tindakan yang sewajarnya memandangkan projek-projek ini dijangka siap pada tahun 2018. Beliau juga mengingatkan supaya kerja-kerja dilaksanakan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang ditetapkan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd. Nizam bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah