PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan Ketua Pengarah ICU JPM Ke Projek Touch Point Kawasan Parlimen Jerlun, Kedah

07 September 2017, Kedah - Pada 6 September 2017 (Rabu), YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM telah mengadakan lawatan ke salah sebuah rumah bagi projek Touch Point di kawasan Parlimen Jerlun, Kedah. Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah (Pegawai Kemajuan Negeri Kedah), YBhg. Dato’ Haji Abu Hassan Bin Sarif (Adun Kota Seputeh), Puan Wan Norhanim Binti Wan Yusoff (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu) serta penghulu-penghulu Daerah Kubang Pasu.

Sebanyak 10 buah rumah yang telah terpilih di kawasan Parlimen Jerlun dengan peruntukan sebanyak RM10,000.00 bagi sebuah rumah. Rumah yang telah dilawati oleh Ketua Pengarah ICU JPM dimiliki oleh Puan Roshadah binti Shafie yang hanya bergantung dengan pendapatan suaminya iaitu Encik Suhaimi bin Saad sebagai tukang kebun di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Projek Touch Point ini diadakan secara gotong-royong antara penduduk setempat, pasukan rela serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Projek ini melibatkan penambahan bilik dan membaikpulih bumbung rumah tersebut dan dijangka siap dalam tempoh 5 hari.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Norhayazy binti Mohd Azmi

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah