PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Majlis Penyerahan Masjid Al-Makmur Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

31 Julai 2017, Kedah - 6 Ogos 2017, Majlis Penyerahan Masjid Al-Makmur, Sungai Lalang telah diadakan dengan jayanya dengan dihadiri oleh Ahli Parlimen Merbok YB Prof. Ismail Bin Daut dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai YB Dato’ Tajul Urus Bin Mat Zain. Projek masjid adalah merupakan hasil usaha dari semua pihak yang terlibat. Rekabentuk masjid ini dapat menampung seramai 1000 jemaah termasuk bangunan sokongan serta kerja infrastruktur berjaya disiapkan dengan kos pembinaan sebanyak RM2.2 juta dengan tempoh selama 85 minggu.

Majlis ini telah disempurnakan dengan upacara menandatangani dokumen penyerahan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU JPM) iaitu YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Ibrahim bersama dengan wakil Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) serta pihak Kontraktor iaitu Aktif Teknik Sdn Bhd dan majlis telah diakhiri dengan gimik penyerahan Cokmar oleh Kontraktor kepada Pegawai Kemajuan Negeri Kedah dan seterusnya kepada pelanggan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) yang disaksikan oleh Ahli Parlimen Merbok YB Prof. Ismail Bin Daut dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai YB Dato’ Tajul Urus Bin Mat Zain.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Nizam Bin Zainal Abidin

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah