PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Meraikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Bersama Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kedah Darul Aman

11 Julai 2017, Kedah - Institusi Raja adalah simbol kedaulatan negara dan rakyat Malaysia. Seseorang Sultan atau Raja menduduki kedudukan tertinggi sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak di dalam mengurus dan mentadbir sesebuah negeri. Adalah amat penting bagi Pejabat ini sebagai sebuah jabatan yang bertindak sebagai agensi utama kepada jabatan dan agensi Persekutuan lain untuk mengeratkan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Institusi Beraja khususnya Institusi Beraja Negeri Kedah Darul Aman yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, satu majlis iaitu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Meraikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Bersama Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 11 Julai 2017 yang bertujuan untuk mendekatkan hubungan diantara pemerintah tertinggi negeri dengan penjawat awam Persekutuan. 300 tetamu yang terdiri daripada kaum kerabat Diraja Negeri Kedah, pemimpin utama negeri, pegawai tadbir negeri dan pegawai tadbir Persekutuan menghadiri majlis ini. Semoga hubungan yang baik dan akrab ini diteruskan demi memacu pembangunan dan kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mursyidah binti Mahjuddin, Seksyen Pengurusan

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah