PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan Kerja Oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Ke Tapak Projek Masjid Kampung Paya Besar, Kuala Ketil, Kedah

05 Julai 2017, Kedah - Pada 2 Julai 2017, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah telah turun padang untuk memantau prestasi salah satu projek pembinaan masjid di bawah seliaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah serta bagi memastikan isu-isu semasa pelaksanaan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu.

Pada keseluruhannya beliau berpuas hati dengan gerak kerja yang tersusun dilaksanakan oleh pihak kontraktor Layar Warisan Enterprise memadangkan kerja tanah yang luas melibatkan kerja pembentukan cerun. Beliau meminta pihak kontraktor untuk terus meningkatkan prestasi kerja di tapak bagi memastikan projek disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Nizam Bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah