PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan ke Tapak Projek Masjid Sungai Lalang, Sungai Petani oleh Y.B Dato’ Tajul Urus Bin Mat Zain

20 Jun 2017, Kedah - Pada 18 Jun 2017, Y.B Dato’ Tajul Urus Bin Mat Zain selaku Ketua Bahagian Umno Parlimen Merbok telah mengadakan satu lawatan kerja ke tapak projek Masjid Sg Lalang, Sungai Petani bagi memantau prestasi projek dan isu semasa pelaksanaan serta disusuli dengan tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu. Sepanjang lawatan di tapak beliau diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah dan beliau telah memaklumkan berpuasa hati dengan kualiti pembinaan dan rekabentuk masjid yang di bawah seliaan projek oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Beliau juga meminta agar pihak Jawatankuasa Masjid membuat persiapan awal dari segi perancangan pengurusan masjid supaya bangunan masjid ini dapat diselia dengan sempurna memandangkan lokasi masjid adalah bersebelahan jalan utama Sungai Petani – Alor Setar.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Nizam Bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah