PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Program lawatan Mobile Team Jejak Prihatin Daerah Langkawi

22 Mei 2017, Langkawi - 21 Mei 2017, Program lawatan Mobile Team Jejak Prihatin Daerah Langkawi telah sertai oleh YB. Dato’ Ir Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Ibrahim bin Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Tuan Haji Isahak bin Murat, Pegawai Daerah Langkawi serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Malaysia serta Lembaga Zakat Negeri Kedah. Program ini melibatkan lawatan ke lima buah rumah Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar eKasih dan berada dalam kategori Miskin Tegar. Objektif program ini adalah bertujuan mengadakan lawatan dan kerjasama stategik bersama agensi pemberi bantuan dan Pejabat Parlimen supaya KIR ini diberi perhatian dan bantuan yang boleh meningkatkan pendapatan isi rumah berkenaan. Beberapa barangan bantuan telah diserahkan oleh YB Ahli Parlimen kepada Ketua Isi rumah seperti Bantuan Oven, bantuan enjin bot, bantuan barangan makanan serta wang tunai daripada Tabung Bantuan Segera dari JKM.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mazlyana binti Ramli

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah