PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Johan Temasya Sukan Sungai 2017 Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke - 89

08 Mei 2017, Alor Setar - 6 Mei 2017 (Sabtu) - Pasukan Perahu Panjang Persekutuan Negeri Kedah (FEDROWERS) yang diterajui oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU JPM) telah menyertai pertandingan perahu panjang Temasya Sukan Negeri Kedah 2017 Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Ke-89 dalam kategori Pegawai Tadbir Persekutuan melawan Pegawai Tadbir Negeri. Pasukan FEDROWERS yang terdiri daripada pegawai - pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional di pelbagai jabatan & agensi persekutuan di negeri Kedah telah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu dengan mengalahkan pasukan Pegawai Tadbir Negeri pada tahun ini dengan catatan masa 4 minit 59 saat. Hadiah pertandingan berupa piala pusingan dan wang tunai disampaikan kepada YBhg. Dato' Hj Ibrahim bin Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah oleh Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan FEDROWERS di atas kemenangan dan kejayaan yang diraih pada tahun ini.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Anwar Bin Sahul Hameed

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah