PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan Pemantauan Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM (Penyelarasan Projek Khas) Ke Desa Muafakat Rimbunan Kaseh Kedah & Sesi Perbincangan Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

3 Mei 2017- YBhg . Datuk Zolkopli bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM telah mengadakan lawatan pemantauan ke Desa Muafakat Rimbunan Kaseh Negeri Kedah. Lawatan ini bertujuan untuk memantau perkembangan semasa program serta isu pelaksanaan di Desa Muafakat Rimbunan Kaseh Kedah. Turut hadir ke lawatan tersebut ialah wakil Bahagian Susun Semula Masyarakat ICU JPM, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan IRIS Corporation Berhad.

Pada sebelah petang, YBhg. Datuk TKP  (Penyelarasan Projek Khas) telah mengadakan perbincangan bersama YB Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu permasalahan dan cadangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah di Desa Muafakat. Hasil perbincangan akan dijadikan panduan serta input dalam menyediakan kertas kerja berhubung Pelaksanaan Program Rimbunan Kaseh yang akan dibawa untuk perhatian Majlis Ekonomi.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nazzatul Shima Binti Ahmad Sabri  - Seksyen Pemantauan

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah