PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Majlis Penyerahan Masjid Kampung Sungai Belida, Guar Chempedak, Kedah Darul Aman

13 April 2017, Guar Chempedak - 11 April 2017, majlis penyerahan Masjid Kampung Sungai Belida, Guar Chempedak telah diadakan dengan jayanya dengan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak YB Dato’ Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail dan Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Mursyid Diraja Dato’ Paduka Dr. Syeikh Muhamad Baderuddin Bin Haji Ahmad. Projek masjid adalah merupakan hasil usaha dari semua pihak yang terlibat. Rekabentuk masjid ini dapat menampung seramai 1000 jemaah termasuk bangunan sokongan serta kerja infrastruktur berjaya disiapkan dengan kos pembinaan sebanyak RM2 juta dengan tempoh selama 84 minggu. Majlis ini telah disempurnakan dengan upacara menandatangani dokumen penyerahan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU, JPM) iaitu YBhg. Dato’ Ibrahim Bin Ibrahim bersama dengan wakil Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) serta pihak Kontraktor iaitu Encik Zaidi Bin Mansor dan majlis telah diakhiri dengan gimik penyerahan Cokmar oleh Kontraktor kepada Pegawai Kemajuan Negeri Kedah dan seterusnya kepada pelanggan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak YB Dato’ Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail dan Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Mursyid Diraja Dato’ Paduka Dr. Syeikh Muhamad Baderuddin Bin Haji Ahmad.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Nizam bin Zainal Abidin  - Seksyen Teknikal

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah