PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Ekspresi Negaraku Sungai Petani

10 April 2017, Sungai Petani - Pada 8 April 2017(Sabtu), ICU JPM dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri Malaysia telah menganjurkan Program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Kedah bertempat di Perkarangan Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Program yang bermula pada pukul 7 pagi hingga 10.30 malam ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Malaysia dan telah dihadiri oleh seramai 6,000 orang pengunjung yang terdiri daripada penjawat awam di negeri Kedah dan penduduk tempatan. Program diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi perkhidmatan awam dengan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk merealisasikan tujuan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Larian Bendera dan pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Syadri bin Man  - Seksyen Pengurusan

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah