PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Lawatan Pegawai Kemajuan Negeri Kedah ke Projek di Daerah Bandar Baharu

21 Februari 2017, Bandar Baharu - Pada 19 Februari 2017, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek di Daerah Bandar Baharu. Antara projek yang telah dilawati adalah seperti berikut:-

1)Projek Pembinaan Mini Stadium Kulim/Bandar Baharu (Komplek Sukan Komuniti);

2)Projek Menaik taraf Restoran Nelayan/ Medan Ikan Bakar di Pekan Bandar Baharu;

3) Projek Rimbunan Kaseh, Bandar Baharu.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau status kemajuan serta isu pelaksanaan projek di daerah tersebut. Lawatan telah dihadiri oleh Wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, wakil JKR Kulim / Bandar Baharu, wakil Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu, dan wakil kontraktor setiap projek. Hasil lawatan YBhg. Dato’ Pegawai Kemajuan Negeri Kedah menggesa wakil JKR dan kontraktor setiap projek mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu dan permasalahan projek masing - masing.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nazzatul Shima binti Ahmad Sabri  - Seksyen Pemantaun & Penilaian

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah