PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

SAIZ FONT

Panel W3C

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek-Projek Seliaan Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Di Bawah Peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)

SESI PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK-PROJEK SELIAAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH DI BAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI (MEA)

29 Mei 2019, sesi penyerahan surat setuju terima (SST) bagi projek-projek seliaan Pejabat Pembangunan Negeri kedah telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut;

  1. Kerja Memperbaiki Masjid Al Furqan, Kampung Kuala Kangkong, Kedah;
  2. Kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik & Mekanikal Di Masjid Permatang Gedong, Daerah Kuala Muda;
  3. Kerja Membaikpulih Bangunan Masjid Serta Kerja Berkaitan Di Masjid Permatang Gedong, Daerah Kuala Muda &
  4. Kerja Penambahbaikan Masjid Al-Wajdi, Bukit Selambau, Kedah

Projek-projek ini adalah merupakan projek yang telah diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali bagi tujuan memangkin sosial ekonomi penduduk setempat. Pejabat Pembangunan Negeri Kedah selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber: Mohd. Nizam Bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

 

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah