PILIH BAHASA

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

Panel W3C

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kedah

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI KEDAH

5 September 2018 - Pada 31 Ogos 2018, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah telah menyertai Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kedah.

Lebih 5,000 orang awam hadir di Dataran Medan Bandar berhadapan Masjid Zahir, di sini, hari ini, untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri yang bermula jam 7.30 pagi. Kira-kira 3,000 peserta daripada 89 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan yang bermula jam 9 pagi.

Perarakan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan pancaragam Kolej Tentera Udara Kepala Batas diikuti pembawa Jalur Gemilang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian dan pancaragam Sekolah Menengah Keat Hwa.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke sambutan peringkat negeri.Turut serta, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber :

- Mohd. Anwar bin Sahul Hameed

- Portal www.kedah.gov.my

       

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah