PILIH BAHASA

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

Panel W3C

Lawatan PKN ke Projek-Projek Daerah Pokok Sena

LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KEDAH KE TAPAK PROJEK PASAR BASAH POKOK SENA & MASJID AN NUR MUKIM LESUNG, POKOK SENA KEDAH

10 Jun 2018 - Pada 4 Jun 2018, satu lawatan kerja oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah ke tapak projek seliaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar iaitu Projek Pembinaan Masjid An Nur Mukim Lesung dan Pembinaan Pasar Basah Pokok Sena di mana kedua-dua projek ini dilaksanakan di sekitar Daerah Pokok Sena.

Lawatan ini merupakan rutin beliau selaku Pegawai Penguasa bagi memantau prestasi kemajuan projek-projek dan mengenal pasti permasalahan yang timbul dan memberikan pandangan dan idea-idea bagi menangani risiko dan masalah yang dikenal pasti agar dapat ditangani dengan tindakan yang sewajarnya memandangkan projek-projek ini adalah merupakan fasilti dan kemudahan bagi masyarakat setempat. Walau bagaimanapun beliau berpuashati dengan prestasi kedua-dua projek ini memandangkan ianya mendahului jadual. Beliau juga mengingatkan supaya kerja-kerja dilaksanakan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang ditetapkan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd. Nizam bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

       

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah