CHANGE LANGUAGE

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

W3C SUPPORT

SAIZ FONT

Panel W3C

FAQs

SOALAN LAZIM (FAQ)

FAQ SPPII

1. Apakah itu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya ?
SPP II ialah satu sistem di bawah Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu aplikasi perdana di bawah Multimedia Super Koridor (MSC). Bermula pada tahun 1999, Ia telah di laksanakan dan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2001 oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem ini. Secara keseluruhan, skopnya meliputi semua proses pelaksanaan pembangunan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bermula daripada perancangan projek hinggalah ke proses pembayaran projek. Agensi utama yang terlibat selain daripada ICU JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (UPE) , Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua Kementerian dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan merupakan pengguna utama sistem ini di samping Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah sebagai agensi pemantauan peringkat Negeri dan Daerah.

2. Siapakah pengguna SPP II ?
Pengguna SPP II adalah terdiri daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat. 

3. Apakah projek-projek yang dipantau oleh SPP II ?
Projek-projek yang dipantau dalam SPP II adalah projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiatives(PFI).  

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ID pengguna di tahan? 
Pengguna boleh memaklumkan Pegawai di unit Teknologi Maklumat (PPPN Kedah) atau pengguna boleh membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre (http://callcenter.icu.gov.my) untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II di Ibupejabat.

5. Adakah PPPNK menyediakan kiosk untuk mengakses SPP II? 
Ya, ada. Pengguna yang mempunyai id SPP II perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum menggunakan khidmat kiosk SPP II yang disediakan oleh PPPNK.

FAQ PENTADBIRAN

1. Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam?
Pada setiap 25hb dan boleh merujuk ke laman web ANM (http://www.anm.gov.my).

2. Cara seseorang pegawai ingin membuat penukaran bank untuk pembayaran gaji?
Pegawai perlu mengisi borang pembayaran gaji melalui bank dan perlu mengemukakan salinan buku bank kepada seksyen kewangan BKP.

3. Caranya seseorang pegawai ingin membuat potongan permulaan Tabung Haji?
Pegawai perlu melengkapkan borang potongan bulanan Tabung Haji yang boleh didapati di kaunter Tabung Haji dan mengemukakan kembali borang tersebut kepada Seksyen Kewangan BKP, Ibupejabat.

4. Apakah EFT?
EFT bermaksud Electronic Fund Transfer iaitu pembayaran secara elektronik yang dikreditkan terus ke akaun penerima.

5. Didapati pada laman web ini terdapat kekosongan jawatan pada maklumat perjawatan/ direktori. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan kosong di jabatan ini?
Dimaklumkan bahawa perjawatan yang disenaraikan adalah bagi maksud memaklumkan bilangan perjawatan dan personel di jabatan ini.
Bagi maksud permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan, harap maklum bahawa semua urusan pengambilan adalah di bawah bidang kuasa SPA Malaysia. Sila layari laman web SPA Malaysia (http://www.spa.gov.my) untuk mengisi Borang SPA.8 secara on-line.

FAQ PROJEK KHAS

1. Apakah jenis projek-projek yang dibenarkan? 
Projek-projek yang dibenarkan adalah meliputi :
- Projek infrastruktur awam / asas.
- Program sosial.
- Kebajikan sumbangan yang mempunyai kepentingan ramai.

2. Apakah jenis projek-projek yang tidak dibenarkan?
Bagi projek-projek yang digunakan bagi kepentingan individu, sesebuah badan politik, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan membuat keuntungan adalah tidak dibenarkan.

3. Siapakah penerima yang menerima peruntukan dari Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri?
Penerima projek-projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri adalah terdiri daripada pelbagai kaum rakyat Malaysia bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktarafkan meliputi kemudahan infrastruktur asas, infrastruktur awam, masjid dan surau serta program/pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

4. Bagaimanakah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang diberi dibelanjakan?
Peruntukan berkenaan adalah peruntukan Kerajaan yang dibelanja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling berkaitan serta Akta Acara Kewangan.

5. Siapakah yang meluluskan permohonan yang dibuat di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri?
Kuasa meluluskan Peruntukan Khas hanya boleh dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan boleh meluluskan peruntukan ini melalui penurunan kuasa yang diberi oleh Y.A.B Perdana Menteri.

FAQ TEKNIKAL

1. Apakah yang anda boleh lakukan jika mendapati PC tiada sambungan internet?
Langkah yang boleh dibuat untuk mengesan/mengenalpasti :
- Periksa PC berhampiran samada boleh/tidak mencapai internet.
- Periksa jika terdapat mesej "error" yang dipaparkan semasa browse internet.
- Kenalpasti laman web yang tidak boleh diakses jika hanya laman-laman tertentu tidak dapat dibuka.
- Periksa sama ada kabel network di belakang PC anda tercabut atau tidak.
- Jika tidak berjaya, sila laporkan kepada Pentadbir Rangkaian anda.

2. Tidak boleh buka Microsoft Office?
- Kenalpasti berapa lama masalah telah berlaku.
- Catitkan mesej "error" yang dipaparkan..
- Restart PC.
- Jika tidak berjaya, sila laporkan kepada Pentadbir Rangkaian anda.

3. Tidak boleh mencetak menggunakan Network Printer?
- Kenalpasti berapa lama masalah telah berlaku.
- Catitkan mesej "error" yang dipaparkan..
- Pastikan butang 'ON' printer telah diaktifkan
- Pastikan Kabel Network pada printer dipasang dengan baik 
  (Nyalaan LED berwarna hijau berkelip menandakan printer berfungsi).
- Pastikan PC boleh melayari internet.
- Restart PC.
- Jika tidak berjaya, sila laporkan kepada Pentadbir Rangkaian anda.

FAQ E-KASIH

1. Apakah Sistem eKasih? 
Sistem e-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

2. Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih?
Mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2014 iaitu pendapatan perkapita dibawah RM 240.00.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita sesebuah keluarga? 
Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

4. Bagaimana untuk mendaftar? 
Permohonan boleh dilakukan melalui pengisian borang pendaftaran ekasih yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah.

5. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
Pendaftaran boleh disemak melalui laman web www.ekasih.gov.my atau melalui Pejabat Daerah.

6. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, adakah saya akan mendapat sebarang bantuan? 
Sistem e-Kasih adalah system pengkalan data yang menyediakan data kemiskinan kepada agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi masing-masing.

Federal Development Office of Kedah State shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah