CHANGE LANGUAGE

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

W3C SUPPORT

Panel W3C

Lawatan Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Ke Rimbunan Kaseh Negeri Kedah

4 April 2018, Bandar Baharu Kedah - Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Puan Maznah binti Musa bersama Jawatankuasa Taskforce Rimbunan Kaseh telah mengadakan lawatan ke tapak projek Rimbunan Kaseh Kedah. Lawatan ini bertujuan untuk membuat tinjauan di tapak serta mendapatkan pandangan dan input daripada agensi teknikal berhubung aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di Ladang Desa Muafakat.

Turut hadir ke lawatan tersebut ialah YB Dato’ Norsabrina bin Mohd Noor, wakil Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Institut Penyelidikan Perikanan FRI Pulau Sayak, MARDI Kedah, Persatuan Nelayan Darat Bandar Baharu (PENADA) dan IRIS Corporation Berhad.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nazzatul Shima Binti Ahmad Sabri, Seksyen Pemantauan

       

Federal Development Office of Kedah State shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah