CHANGE LANGUAGE

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

W3C SUPPORT

Panel W3C

Program Touch Point Kawasan Parlimen Merbok

26 September 2017, Kedah - Perasmian Program Touch Point Parlimen Merbok telah diadakan di Kampung Bujang pada 25 September 2017 (Isnin). Program ini telah dirasmikan oleh Puan Habshah Binti Ahmad selaku Penggerak Wanita Umno Bahagian Merbok dan dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Penghulu Kawasan Merbok dan sebahagian pegawai dan kakitangan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. Program ini diadakan bagi membantu meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar. Sebanyak 10 buah rumah dalam kawasan parlimen Merbok telah terpilih bagi menjayakan program ini.

Program Touch Point ini diadakan secara gotong royong oleh JKKKP dan penduduk setempat bagi membaikpulih bumbung, dinding serta menaiktaraf bilik air di rumah milik ibu tunggal puan Zaharah Binti Saud dan turut dibantu oleh pegawai dan kakitangan PPPNK. Beliau hanya mengambil upah membuat kuih bersama jirannya dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM10 sehari serta elaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui anaknya yang kurang upaya sebanyak RM300 sebulan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Norhayazy binti Mohd Azmi, Seksyen Khas

       

Federal Development Office of Kedah State shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah